Pada ketika Wawasan 2020 hanya tinggal 13 tahun sahaja lagi, saya percaya kita semua harus bekerja kuat pada masa ini. Namun, saya berasa kecewa dengan sikap kaum lelaki Melayu di negara ini.
Baru-baru ini, saya dan beberapa orang rakan perempuan melalui Stadium Hoki Jalan Pantai Bahru di Lembah Pantai. Pada masa itu, ada sekumpulan pelajar lelaki sedang berehat di tepi pagar dengan hanya berseluar pendek dan tidak berbaju. Saya percaya mereka adalah pelajar sebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur.
Sudahlah tidak berpakaian dengan sopan, mereka tanpa segan silu bersiul dan cuba mengganggu kami. Entah apa agaknya di fikiran mereka. Mereka ingat lulusan luar negara seperti kami ini berminat hendak berkenalan dengan budak sekolah yang belum habis belajar seperti mereka. --(1)
Saya dan kawan-kawan sebenarnya sudah banyak kali diganggu lelaki-lelaki muda tidak bertamadun seperti ini dan berasa sangat sakit hati setiap kali diganggu seperti itu. Kadang-kadang, yang mengusik itu hanya berpakaian compang-camping dan kotor, berbau seperti sudah 10 tahun tidak mandi dan kelihatan seperti penagih dadah pun masih berani mengganggu anak gadis orang. --(2)
Pernah suatu ketika saya berada di Bangsar, saya nampak seorang lelaki berpakaian selekeh dengan rokok di tepi bibirnya mengganggu dua orang pelancong wanita berbangsa Inggeris yang hendak ke restoran mamak di situ. Dua pelancong wanita itu kelihatan takut, lalu beredar dari situ dengan segera. Barangkali niat mereka untuk mencuba makanan mamak, terbatal. --(3)
Saya berpendapat, sikap lelaki Melayu tidak berubah walau betapa maju pun negara kita. Mereka masih beranggapan wanita perlukan mereka dan mereka tidak peduli untuk memalukan diri sendiri dengan berperangai seperti itu.
Banyak pelajar perempuan di universiti enggan bekerjasama dengan pelajar lelaki kerana mereka merasakan pelajar lelaki memang tidak boleh diharap. Walaupun mereka lulusan luar negara, kerap kali pelajar lelaki kaum lain jauh lebih baik daripada pelajar lelaki Melayu.--(4)
Saya menetap di luar negara selama dua tahun ketika belajar di sana dan dalam tempoh itu, saya tidak pernah diganggu walaupun berjalan seorang diri pada pukul 2 pagi pada malam Sabtu. --(5)
Sebaik sahaja pulang ke Malaysia selama dua bulan ini, sudah ada tiga lelaki Melayu yang berperangai seperti sampah, bersiul dan mengganggu saya yang berjalan di pesiaran kaki di ibu kota. Setelah pulang dari luar negara, saya berpendapat lelaki-lelaki Inggeris lebih bersopan santun daripada lelaki Melayu, sekalipun kita selalu berpendapat mereka itu tidak bermoral. Saya tidak pernah disentuh walau seinci pun oleh lelaki-lelaki Inggeris. --(6)
Saya pernah menghadiri sebuah parti untuk mengumpul data kajian saya dan saya tidak dipaksa minum arak, sekalipun arak dihidangkan di parti itu. Setelah melihat sendiri budaya dan cara hidup bangsa Inggeris yang selalu kita katakan tidak bermoral, saya berpendapat sebenarnya mereka jauh lebih baik daripada lelaki Melayu. --(7)
Golongan wanita tidak kira daripada bangsa apa pun, lebih selamat berada di kalangan lelaki Inggeris daripada bersama lelaki Melayu. Sekumpulan lelaki Inggeris pun tidak pernah menimbulkan sebarang gangguan. Tetapi kalau lelaki Melayu, seorang pun cukuplah untuk menimbulkan masalah.
Saya tidak faham mengapa lelaki Melayu mesti berkelakuan begitu buruk sekali. Fikirkanlah. Lelaki Melayu di Kuala Lumpur pun berperangai seperti ini, bagaimana di kampung-kampung? Budak-budak sekolah semuda 16 tahun sudah pandai mengusik anak gadis orang, bagaimana sikap mereka apabila dewasa kelak?
Janganlah harap mereka akan berubah sendiri apabila dewasa kerana lelaki seperti mereka inilah yang akan mengabaikan keluarga mereka kelak. Seorang ilmuwan pernah berkata; “Jika hendak tahu keadaan masyarakat pada zaman hadapan, lihatlah anak-anak muda hari ini.”
Jika perempuan boleh dilatih sejak kecil untuk menguruskan rumah tangga, kenapa tidak lelaki juga dilatih bertanggungjawab? Kerap kali kita mendengar golongan tua meleteri gadis-gadis muda, “Kalau tidak tahu masak macam mana nak kahwin?” Kenapa tidak katakan perkara yang sama kepada anak-anak lelaki? Kenapa tidak ada yang berkata, “Kalau perangai macam sampah, macam mana hendak kahwin?”
Saya hendak berterus-terang; saya sudah bosan dengan sikap lelaki Melayu yang terus-terusan menimbulkan masalah dan sentiasa juga enggan mengaku itu ialah masalah mereka. Malah, mereka tidak pun berasa malu mempertanggungjawabkan orang lain atas masalah mereka.
Atas tujuan mewujudkan persekitaran yang lebih selesa untuk wanita supaya mereka bebas keluar masuk rumah mereka, saya mencadangkan agar lelaki-lelaki yang bersantai di tepi jalan yang mengusik anak-anak gadis didakwa atas kesalahan melakukan gangguan sosial.
Mereka ini perlu diajar menghormati wanita. Wanita bukannya bodoh seperti dahulu. Yang bodoh sekarang ini ialah lelaki Melayu, kerana tidak tahu memanfaatkan keadaan negara yang aman dan makmur ini.--(8)
Barangkali saya bersikap terlalu cauvinis wanita. Tetapi saya percaya cauvinis wanita tidak akan wujud jika puncanya tidak ada. Fikirkanlah. Lelaki Melayu sudah semakin terpinggir. Masihkah kita mahu berpeluk tubuh?
– AKM*L F*IRUZ,
New Zealand.
Utusan Melayu 22 Mei
=================================
Nota Kaki:
#1. Jangan pandang org sebelah mata. Mereka itu masih belia. Siapa tahu masa depan, mereka mungkin lebih berjaya dari segi pendidikan dan kehidupan dari diri cik Akm@l.
#2. Maaf, tetapi menurut lokasi, lokaliti tersebut memang terkenal dengan belia belia nakal. Cubalah Cik berjalan di Bukit Damansara, atau di kawasan Ampang hilir. Jangankan tidak sudi memandang, malah, belia2 tersebut mungkin menganggap Cik Akm*l dan kawan2 adalah bibik filipina.
#3. Pada pandangan saya, lebih baik gadis2 eropah tersebut mengelak memakan makanan mamak. Perut mereka mungkin tidak biasa, dan jika muntah-muntah dan cirit birit, makanan Malaysia yang lazat ini akan mendapat nama buruk.
#4. Sila kemukan bukti konkrit. Daripada pengalaman, sesama perempuan juga banyak masalah. Sifat malas lebih kepada masalah individual, bukan masalah jantina.
#5. Jika saya, saya tidak akan memberi contoh sebegini kerana bilangan populasi biri birinya melebihi bilangan umat manusia. Keberangkalian untuk terserempak sesama manusia adalah tipis.
#6. Merujuk fakta wikipedia, kes rogol di mana mana adalah tinggi. Kemungkinan paras rupa cik akm@l tidak eksotik pada pandangan lelaki eropah.
#7. Saya telah menghadiri pelbagai parti baik di malaysia mahupun di luar negara (Parti mabuk, parti ganja, parti tupperware, parti keadilan, pati ikan haruan polleney). Boleh disimpulkan, jati kendiri dan iman yg kuat yg boleh melawan godaan dunia.
#8. Disini, anda telah melampaui garisan. Benar, wanita wanita dahulu tidak dapat menjejakkan kaki ke menara gading. Tetapi itu tidak bermakna mereka bodoh. Malah, wanita wanita tersebut telah berjaya menghasilkan insan2 bersahsiah tinggi.
=================================
Kesimpulan:
Kebijatan saudari menulis dengan gaya meroyan, berserta fakta-fakta meraban, telah melenyapkan isi2 penting yang harus dikupas.
Tidak dinafikan bahawa terdapat lelaki2 melayu (mungkin majoriti, saya tiada perangkaan) yang amat bermasalah. Dan saya agak bersetuju dengan beberapa isi terutama dari segi mutu lelaki Melayu. Tetapi, pada pandangan saya, kupasan dari sudut 'punca dan kesan' akan lebih memberi erti dari lolongan semborono.
'Permasalahan' ini akan saya kupaskan dengan lebih lanjut dalam blog berikutnya.
P/s: Phew, penanam sayur, hutang dah selesai...