Isteri jurulatih Rexy cedera diseret peragut
Isteri ketua jurulatih pasukan beregu badminton negara Rexy Mainaky cedera di tangan kiri setelah terseret dalam kejadian ragut oleh dua lelaki di sini malam tadi.
Ketua Polis Daerah Cheras ACP Ahmad Amir Mohd Hashim berkata kejadian kira-kira pukul 11 malam itu berlaku ketika Rexy dan isterinya Henny dalam perjalanan ke kereta selepas keluar dari sebuah restoran di Ampang City.
Mereka tiba-tiba didatangi dua suspek yang menaiki sebuah motosikal lalu meragut beg tangan Henny sehingga berlaku pergelutan menyebabkan isterinya itu terseret dan mengalami kecederaan di tangan kiri, lapor Bernama hari ini.
Rexy kemudiannya mengejar suspek dan berjaya melanggar motosikal yang dinaiki suspek menyebabkan pemboncengnya jatuh dan orang awam yang melihat kejadian itu terus menahannya.
Manakala seorang lagi melarikan diri, Ahmad dilpetik berkata.
Beliau berkata siasatan polis mendapati suspek itu mempunyai enam rekod jenayah berkaitan kes cabul, dadah dan Akta Kediaman Terhad.
"Suspek berusia 33 tahun itu kini ditahan reman selama empat hari sehingga Selasa depan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan kerana cubaan samun," katanya.
Menurut agensi berita itu lagi, polis sedang memburu seorang lagi suspek berusia 40 tahun yang telah dikenal pasti.
===================================
"sedang memburu..." ayat penyedap sangat... Usah bermimpi di siang hari.. ALangkan yg meninggal pun belum tertangkap.
Ibu pejabat DAP diserbu polis
Andrew Ong May 23, 09 7:44pm
Sepasukan pegawai polis menggeledah ibu pejabat DAP di Petaling Jaya dalam siasatan terhadap sekumpulan penyokong parti itu yang ditahan di Ampang Jaya kelmarin.
Sebelas anggota tiba di pejabat jam 6.25 petang tadi di Taman Paramount bersama ahli Majlis Daerah Hulu Selangor, Ooi Leng Heng yang berpakaian seorang tahanan reman.
Ooi direman dua hari di balai polis Ampang dalam perhimpunan nyalaan lilin bersama ADUN Teratai, Jenice Lee, Khamis lalu.
Dalam serbuan kira-kira sejam itu, polis turut merampas satu unit komputer, cakera padat dan alat pendengar digital.
===================================
Eh ramai la pulak yg pegi serbu. Cepat pulak tu bertindak.